Masanya telah tiba,
Masanya telah tiba untuk aku melangkah ke tangga yang seterusnya,
Biarpun lemah, biarpun dipapah,
Namun, tangga itu tetap menunggu untuk aku melangkahnya.
Disaat kedewasaan itu,
Kusedar akan perjalanan yang semakin berliku,
Perjalanan yang tidak pernah sunyi dari halangan,
Tidak pernah juga sunyi dari godaan.
Langkahanku mungkin sesekali tersasar,
Berteman yang maha Esa, diatas niat yang satu,
Jauh manaku tersasar akan ku kembali ke jalan asal,
Biar dirobek, biar dikoyak, isi dalamnya hanya satu, itu aku.
Tuesday, August 20, 2013
Monday, July 23, 2012
Perjalanan Hidup
Perjalanan hidup. Realitinya kita takkan berhenti mencintai dan dicintai. |
Hidup ini ibarat sebuah perjalanan. Jauh mana perjalanan
itu, kita masih belum pasti tetapi akan ada pengakhirannya juga satu hari
nanti. Di sepanjang perjalanan itu juga pelbagai halangan kita akan tempuhi.
Berapa ramaikah yang akan berjaya di akhir perjalanan itu kelak? Tepuk dada dan
tanya selera anda.
Di sepanjang perjalanan itu juga telah ramai yang aku cuba
bawa sekali didalam hala tuju aku tapi setakat ini tiada yang dapat berjalan
bersama dengan aku. Apa yang aku cuba bawa? Selain cinta kepada yang maha esa,
aku juga cuba untuk membawa cinta dunia bersama. Malangnya mungkin tiada lagi
yang dapat bertakhta di hati ini. Sehinggalah...
Aku berjumpa dengan seorang wanita yang sudi mengisi
kekosongan dihati ini. Entah, sejak kali pertama aku memandangnya telah
terlintas difikiran untuk menjadikannya teman hidup. Mungkin sudah ditakdirkan
sebenarnya aku tidak bertepuk sebelah tangan. Allah telah mempertemukan aku
dengan seorang gadis yang kini menjadi teman dikala aku kesenangan dan juga
kesusahan. Aku akui dia tidak seperti perempuan lain dan dia juga tiba tepat pada masanya. Disaat aku memerlukan seseorang untuk merawat kelukaan dihati.
Mungkin selama ini semua yang aku temui tidak sepadan
ataupun tidak dapat memahami kehendak aku seperti yang aku mahukan. Sememangnya
begitulah fitrah manusia, sentiasa mahukan yang terbaik tetapi tidak pernah
mencuba untuk memberikan yang terbaik.
Aku akui aku bukanlah manusia sempurna yang tidak melakukan dosa tetapi
aku tetap mempunyai kalimah syahadah didahiku. Jauh mana pun aku tersasar tetap akan ada jalan yang benar menantiku. Mungkin sudah sampai masanya untuk aku
berfikiran lebih matang. Itulah antara sebab aku memilih seorang yang lebih tua
dariku. Yang juga akan membantu aku untuk menjadi lebih matang.
Aku akui dia agak keras kepala dan mudah merajuk. Sepertinya
perempuan lain, hatinya mudah tersentuh. Entry ini sebenarnya memang aku
coretkan sepenuhnya untuk dia. Bila kami berjauhan dia tidak dapat menerima
yang aku terpaksa meninggalkan dia. Aku sedar yang dia takut akan kehilangan
aku. Tetapi untuk aku, biarlah berjauhan kerana jarak itu bukanlah pemisah dalam
percintaan. Untuk si dia, sedarlah
bahawa walaupun kita selalu berjauhan tetapi awak tetap bertakhta di hati ini. Sedarlah
awak bahawa perasaan rindu dan fikiran negatif itu bukan hanya di sebelah pihak
kerana saya turut merasainya tetapi atas dasar kepercayaan, cinta kita akan
terus terikat. Mungkin awak bukan yang pertama tetapi mungkin awak akan jadi
yang terakhir. Mudah-mudahan pernikahan akan mengikat cinta kita dan hanya ajal
dapat memisahkan kita. InsyaAllah satu hari nanti awak akan menjadi isteri saya
yang sah dan menjadi teman hidup saya untuk selamanya. Insyallah.
P/S : Orang sayangkan awak Nur Wahida Sabri , biarlah jarak memisahkan jasad kita tetapi merapatkan lagi cinta kita. :)
Monday, January 2, 2012
Sekali Lagi
Satu gambar menyatakan semua. Ini adalah impian aku. |
Di suatu sudut, kelihatan aku sedang menaip. Entah apa yang bakal aku taipkan aku sendiri kurang pasti. Yang jelas, aku rasakan yang aku akan mengucapkan selamat tinggal sekali lagi kepada tanah tempat tumpah darahku, Johor Bahru. Sejak 5 tahun yang lalu, semua ini menjadi rutin untuk aku. Bilik ini sekadar pesinggahan. Jarang aku dapat habiskan masa berbulan-bulan di bilik ini. Hanya sesekali dalam saban tahun aku mendapat peluang ini. Meskipun kebanyakannya disia-siakan oleh aku. Dunia masih muda. Apa ada dengan sebuah kamar?
Tahun baru 2012 baru tiba tiga hari yang lepas. Maknanya bila tahun sudah berganti, umur aku turut bertambah secara amnya. Untuk tahun baru ini, aku cuma berazam untuk meninggalkan sebanyak mungkin keburukan yang ada dalam diri aku ini. Menjadi seorang yang lebih menyenangkan orang lain. Jikalau tidak menyenangkan sekalipun akan aku cuba untuk tidak menyusahkan sesiapa. Kadang-kadang dalam dunia nie tanpa sedar ada orang yang bencikan kita. Susah jika kita ingin mencari kawan yang sejati. Kehidupan asrama banyak mengajar aku dalam memilih kawan. Tak kisah siapa, tak kisah apa keturunannya tapi yang penting jangan benarkan sesiapa mencorakkan kehidupan kita.
Aku ada azam yang besar untuk diri aku. Aku akan buat dengan bersungguh-sungguh. Aku hanya mahukan sokongan dari keluarga sahaja. Selebih itu, aku akan cuba berdikari untuk mencapai cita-cita yang aku impikan. Mungkin dalam 3-4 tahun lagi. Semangat itu semakin hari semakin membuak-buak. Aku tak bijak di atas kertas seperti mereka-mereka. Tapi aku akan cuba untuk buktikan pilihan yang aku buat ini bijak. Akan aku cuba untuk membanggakan kedua ibubapa dan keluarga aku. Mudah-mudahan usaha aku ini diberkati oleh Allah.
Dalam tak sampai 6 jam lagi aku akan kembali ke Shah Alam. Meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar. Pelajar yang tidak menyertai sebarang rusuhan. Aku minta dijauhkan dari semua itu. Apa pun jadi, politik bukan darah aku. Aku darah seni. Aku akan buktikannya satu hari nanti. Tuhan tolong rahmati hambamu ini.
P/S : Mendoakan semua orang disekelilingku sihat sentiasa. Amin.
Thursday, November 17, 2011
Satu Pinjaman Yang Berharga Untuk Diriku
Gambar Sekadar Hiasan |
Hari itu angin kelihatan kuat bertiup. Tidak seperti selalu yang hanya sepoi-sepoi bahasa. Seorang perempuan tua dalam lingkungan 50-an senang duduk termenung dibangku sambil memerhatikan suasana di luar. Kelihatan ayam-ayam sedang mencari makanan di pagi itu. Kelihatan juga berbagai-bagai jenis sayuran yang menjadi hiburan bagi orang tua itu. Dia tak seperti selalu. Sungguh jauh renungan dia kali itu. Siapa sangka itu adalah kali terakhir dia duduk dibangku itu. Tiada siapa yang dapat membaca apa yang akan terjadi seterusnya. Seorang insan yang sejak kecil telah membesarkan aku, menyuapkan aku dengan makanan, memandikan aku dan juga menjaga aku seperti menatang minyak yang penuh.
'Adik belajar betul-betul. Jangan buat benda yang bukan-bukan. Mak tak minta banyak, mak cuma nak adik berjaya.'
Setiap kali aku teringat pesanan itu pada waktu-waktu sebegini membuatkan seringkali menitis air mata ini dengan sendiri. Bukan ku teran, bukan ku sedih. Tapi aku hiba bila terkenang kenangan aku bersamanya. Walaupun dia hanya berpangkat mak cik untukku, tapi dia telah membesarkan aku dan gelaran emak lebih sesuai untuk dia kerana itulah panggilan yang aku seringkali panggil sejak aku kecil. Dan aku membiasakan diri sebagai adik apabila dengan dia. Tiada beza antara anak-anak kandungnya dan juga aku. Tidak pernah aku rasa seperti orang asing apabila bersama dengannya dan keluarganya.
Dia seorang yang sangat pemurah. Sukar untuk aku gambar kan dengan kata-kata tentang sikapnya. Dia tak pernah sama dengan orang lain yang aku kenal. Setiap manusia yang singgah di depan pintu rumahnya akan dijamu dengan pelbagai makanan. Dia kelihatan seronok apabila ada orang yang singgah di rumahnya. Tak pernah ku lihat dia bermasam muka dengan sesiapa. Dia seorang yang sempurna buatku. Seorang ibu yang terbaik. Saat ini, terlampau deras air mata yang kurasakan.
Dia telah lama bertemankan jarum insulin dan juga ubat-ubatan. Kemurungan turut dihadapi beliau kerana dia tidak bisa bergerak bebas seperti manusia normal yang lain. Tapi masih digagahkan juga kaki untuk terus melangkah diatas bumi yang menjadi tempat tumpangan sementaranya. Aku dapat menjaganya disaat-saat akhir hidupnya di hospital dimana tempat dia selama 15 tahun berulang-alik. Dia kelihatan sudah bosan menghadap ubat-ubatan tapi itulah yang menjadikan dia lebih kuat dari insan biasa yang kebanyakan lebih percaya kepada ubatan tradisional. Ayah yang banyak memberikan dorongan dan membantu dia. Aku tidak dapat bayangkan sekiranya aku berada ditempat ayah. Dulu ayah kelihatan gagah dan menjadi idola setiap ahli keluarga. Katanya tiada dibantah kerana setiap keputusan yang diambil adalah yang terbaik untuk semua. Kini ayah telah kelihatan tua dan semakin lemah. Aku mengharapkan tuhan meminjamkan ayah lebih lama dari dia meminjamkan emak kepadaku.
Tapi dalam kehibaan yang aku rasakan, aku masih bersyukur kerana aku dapat buat yang terbaik untuk dia disaat akhir hayatnya. Aku dapat mengucup dahinya walaupun saat itu dahinya telah sejuk dan berbau air mawar. Aku dapat bersembahyang bersama-sama kepada mayatnya dan juga aku dapat mengiringinya hingga ke tanah perkuburan.
Kini, seorang anak telah kehilangan emaknya. Seorang anak saudara telah kehilangan mak ciknya. Seorang kakak telah kehilangan adiknya. Seorang adik telah kehilangan kakaknya. Satu pinjaman telah ditarik kembali. Mungkin suatu hari nanti kita akan berjumpanya di sana. Saat ini surah al-fatihah yang lebih afdhal untuk disedekahkan kepadanya. Semoga roh Rukiah binti Jantan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.
P/S : Sayangilah ibu anda kerana kasih sayang ibu membawa ke syurga.
Tuesday, November 8, 2011
Angin Yang Berlalu Bersama Kamu
P/S : Rindukan pelukan dari dia. |
Dah lama dah aku lupa apa itu erti menulis blog. Entah kenapa, tiba-tiba hari nie aku terasa satu magnet yang kuat menarik aku untuk kembali menulis. Blog yang semakin hari semakin kusam. Entah lah, baru kini aku akui yang aku bukan orang seni. Ya, bukan orang yang berfalsafah tinggi. Aku pasti bila engkau tergolong dalam golongan sebegini engkau akan terasa seperti berada di planet lain. Mungkin aku bukan dari jenis mereka. Hanya sebagai makhluk asing kelas bawahan. Aku cukup hormat dengan mereka kerana mereka dapat menyebarkan karya mereka sehingga ke serata Malaysia dan akan datang mungkin ke serata dunia. Itulah dia mukadimah setelah lama aku tak menulis di blog ini. Aku tak mengharapkan pembaca, tapi jika satu hari nanti aku tiada, hanya ini yang tinggal sebagai kenangan.
Kadang-kadang aku lupa siapa aku. Aku lupa dari mana asal aku. Aku lupa orang-orang disekeliling aku. Aku lupa orang-orang yang sentiasa ada untuk aku suatu ketika dulu. Aku rindukan diri aku yang sebenar. Kenapa sekarang aku rasa aku sedang menumpang dalam badan orang lain? Aku hanya cuba menjadi diri aku. Semakin hari masa semakin berlalu. Kanak-kanak semakin membesar. Remaja semakin dewasa. Orang-orang dewasa pula akan menjadi tua. Itulah norma hidup dan kemudian akan meninggalkan dunia. Hanya 3 perkara yang dibawanya, amal ibadat, sedekah jariah dan doa anak-anak yang soleh/solehah. Satu demi satu mereka yang aku sayangi pergi meninggalkan aku. Entahlah, terasa hidup kini kosong. Terasa baru semalam aku melihat wajahmu. Kini segalanya sudah berakhir.
Bodoh juga aku ada kalanya, sibuk mencari tetapi terlupa yang ada disisi. Aku kenal dia. Aku tahu siapa dia. Tuhan sudah buat perancangan untuk aku ditemukan bersama dia tapi aku sibuk mencari sesuatu yang tidak pasti. Kalaulah aku tahu ini yang akan berlaku, lebih awal lagi aku cari dia. Aku tinggalkan dia, tapi dia tak pernah meninggalkan aku. Baru kini aku sedar apa itu kasih sayang yang sebenar. Cinta dan kasih sayang dua benda yang berbeza. Dan aku kini cuba untuk kenal kedua-duanya.
P/S : Al-fatihah untuk arwah Rukiah bte Jantan. Aku akan dedikasikan beberapa post untuk mak satu hari nanti. Dan untuk awak, saya sayangkan awak.
Tuesday, May 24, 2011
Monolog Saya Untuk Awak
Semua orang ada impian. Tapi tak semua impian tuh boleh dipenuhi. So do I. I got my own vision tapi di atas landasan yang salah. Takpe, semua benda dalam dunia bermula dengan belajar. Mungkin ada hikmahnya bila benda nie berlaku. Dari sini gak aku kenal siapa tuh kawan. Kawan nie bila kita susah jarang ada yang datang. :) Sebab tuh aku dah immune dengan semua nie. Failed sorang-sorang, success sorang-sorang. Kadang-kadang rasa macam takde kawan jer yang betul-betul aku boleh panggil kawan. Just let it be. I still can survive. :) I'm boys. Boys don't cry. :) Umur dah 20 tahun nak mengaku boys. Haha. Pedulikan tuh semua.
At least, I still got you. You know who you're Mrs. penyambut tetamu. Congrats for what you're get. Thats from you own effort. All happened to me by my own choice. No need to blame yourself babe. I happy kalau U happy. Thats enough for me. :) And if I could, I want to see you happy ever after dear.
Last thing I nak bagitahu kat U, U the one yang pernah care kat I macam nie. Be my nurse, be my Mrs. Breath-right and be everything for me. Thanks for one more time babe. I nak U tahu yang I happy besides U sayang. We are not perfect. But when you smile the world become perfect for me. :)
"The truth is everyone's gonna hurt you. You just have to find the ones worth suffering for" -Bob Marley
Sunday, May 15, 2011
Luar Biasa dari Biasa
Okay. Seriously, it tastes sucks. =.=" |
Hari nie macam tak biasa. Tiba-tiba aku duduk rumah malam-malam nie. Mak aku pun sibuk perhati pintu takut aku keluar. Yelah-yelah, aku tak keluar malam nie. Duduk rumah jer. Try to sleep early and avoiding smoking. Yeah, around 10 pm I was go to my bed. Macam biasalah, sejak dua menjak nie walaupun aku sihat, aku rasa susah nak dapat tidur yang selesa. Inikan pulak kalau aku tak sihat macam sekarang nie. I had a bad cough. Ya, its really hurt me. For sure aku memang selalu berembun. Ehm, mostly orang cakap sebab tuh aku dapat demam. Nak buat macam mana sebab mostly time aku keluar malam. Lepas terjaga dari tidur around 2 am and now I don't have any idea to do anything. Just open my blog and currently updating something.
I just want to write something for u my penyambut tetamu. Thanks for care about me sayang. Trying to send the medicine to me. I already got it but just wanna u to come and see me. I missing you dear. Now, u give me traditional way how to threat my sore throat and cough. Thanks for everything dear. U degil makan ubat tapi suruh I makan ubat. =.=" I dah makan dah ubat batuk and don't worry k dear. :)
P/S : *Cough cough cough. It's hurts and killing me. =.="
Subscribe to:
Posts (Atom)