Perjalanan hidup. Realitinya kita takkan berhenti mencintai dan dicintai. |
Hidup ini ibarat sebuah perjalanan. Jauh mana perjalanan
itu, kita masih belum pasti tetapi akan ada pengakhirannya juga satu hari
nanti. Di sepanjang perjalanan itu juga pelbagai halangan kita akan tempuhi.
Berapa ramaikah yang akan berjaya di akhir perjalanan itu kelak? Tepuk dada dan
tanya selera anda.
Di sepanjang perjalanan itu juga telah ramai yang aku cuba
bawa sekali didalam hala tuju aku tapi setakat ini tiada yang dapat berjalan
bersama dengan aku. Apa yang aku cuba bawa? Selain cinta kepada yang maha esa,
aku juga cuba untuk membawa cinta dunia bersama. Malangnya mungkin tiada lagi
yang dapat bertakhta di hati ini. Sehinggalah...
Aku berjumpa dengan seorang wanita yang sudi mengisi
kekosongan dihati ini. Entah, sejak kali pertama aku memandangnya telah
terlintas difikiran untuk menjadikannya teman hidup. Mungkin sudah ditakdirkan
sebenarnya aku tidak bertepuk sebelah tangan. Allah telah mempertemukan aku
dengan seorang gadis yang kini menjadi teman dikala aku kesenangan dan juga
kesusahan. Aku akui dia tidak seperti perempuan lain dan dia juga tiba tepat pada masanya. Disaat aku memerlukan seseorang untuk merawat kelukaan dihati.
Mungkin selama ini semua yang aku temui tidak sepadan
ataupun tidak dapat memahami kehendak aku seperti yang aku mahukan. Sememangnya
begitulah fitrah manusia, sentiasa mahukan yang terbaik tetapi tidak pernah
mencuba untuk memberikan yang terbaik.
Aku akui aku bukanlah manusia sempurna yang tidak melakukan dosa tetapi
aku tetap mempunyai kalimah syahadah didahiku. Jauh mana pun aku tersasar tetap akan ada jalan yang benar menantiku. Mungkin sudah sampai masanya untuk aku
berfikiran lebih matang. Itulah antara sebab aku memilih seorang yang lebih tua
dariku. Yang juga akan membantu aku untuk menjadi lebih matang.
Aku akui dia agak keras kepala dan mudah merajuk. Sepertinya
perempuan lain, hatinya mudah tersentuh. Entry ini sebenarnya memang aku
coretkan sepenuhnya untuk dia. Bila kami berjauhan dia tidak dapat menerima
yang aku terpaksa meninggalkan dia. Aku sedar yang dia takut akan kehilangan
aku. Tetapi untuk aku, biarlah berjauhan kerana jarak itu bukanlah pemisah dalam
percintaan. Untuk si dia, sedarlah
bahawa walaupun kita selalu berjauhan tetapi awak tetap bertakhta di hati ini. Sedarlah
awak bahawa perasaan rindu dan fikiran negatif itu bukan hanya di sebelah pihak
kerana saya turut merasainya tetapi atas dasar kepercayaan, cinta kita akan
terus terikat. Mungkin awak bukan yang pertama tetapi mungkin awak akan jadi
yang terakhir. Mudah-mudahan pernikahan akan mengikat cinta kita dan hanya ajal
dapat memisahkan kita. InsyaAllah satu hari nanti awak akan menjadi isteri saya
yang sah dan menjadi teman hidup saya untuk selamanya. Insyallah.
P/S : Orang sayangkan awak Nur Wahida Sabri , biarlah jarak memisahkan jasad kita tetapi merapatkan lagi cinta kita. :)