RSS Feed
Photobucket

Monday, February 28, 2011

Dia Macam Wireless Kan?


Salam. Dah lama tak menulis dalam blog kedua aku nie kan? Jarang sebab selalunya blog nie aku gunakan sebagai tempat melepaskan kemarahan, kegeraman dan sewaktu dengannya. Entahlah, ketika entry ini ditulis rasa macam separa hilang sabar dan tidak dapat mengawal. Alhamdulillah, wudhuk adalah cara terbaik untuk menghilangkan segala perasaan gundah gulana tuh.
Mungkin pening dengan assignment yang bertimpa-timpa. Tugas-tugas persatuan yang semakin membebankan. Walau apapun, tanggungjawab yang diberi haruslah digalas sebaik mungkin. Entah, masih kurang arif untuk berkongsi segalanya. Tapi aku rasa aku akan cuba buat yang terbaik walaupun kadang-kala yang terbaik dari kita dianggap sampah oleh orang lain. Masih mencuba, asalkan aku masih terdaya.
Macam-macam orang ada dekat sekeliling kita. Yang puas hati, yang tak puas hati. Semua bersepah. Harap Allah dapat terus memberi petunjuk kepada hamba-Nya yang lemah ini walaupun kadang-kala rasa terlalu tidak bermaya. Apakan daya, hidup perlu diteruskan jua.
Sejak dua menjak terasa semakin hampir dengan Dia, aku terus berharap yang aku akan terus selalu hampir dengan Dia. Ayat si dia yang selalu aku dengar, "Allah tuh wireless". Ya, memang. Walaupun aku selalu berdoa di sisi gelap, diharapkan segala doa aku makbul. Semua mereka yang sesat kembali ke jalan-Nya. Yang terdedah kembali bertutup, yang tidak pasti jantina mencari kepastian sebenar dan yang tidak berakal cuba mencari kembali akal mereka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...