Friday, April 29, 2011

Cinta Tak Semestinya Memiliki Kan?

Salam semua. :) Jarang aku nak coret dekat sini. Blog sekadar untuk tempat luahan perasaan. Selama nie sibuk dengan macam-macam benda. Sibuk kejar traffic untuk blog lagi satu. Sibuk promote iklan Says. Sibuk dengan design @Chuck Artwork. Tapi aku berhenti semua tuh sebentar. Hanya tumpukan perhatian kat paper final aku. Aku buat semua nie atas satu sebab. Aku akan try untuk dapatkan sesuatu dari blog. Aku nak cuba buktikan kat orang yang buat blog nie boleh buat duit. Ramai orang kata buat blog nie benda bodoh kan? Benda buang masa kan? Ok, lets see it. 

Teringat masa sarung benda nie dulu.

Ok, back kat topik kat atas nie. Selalu jer nampak orang lain bertepuk-tampar. Ya, aku cemburu. Aku rindukan suatu masa macam tuh. Tapi? Aku dah takde masa untuk semua tuh. Aku selalu sibuk dengan urusan sendiri. GF? Tak payah cerita lah. Semua breakoff sebab aku selalu busy. 3 jam sekali aku reply message, nak buat macam mana? Siapa boleh tahan? Bukan aku sengaja. Aku memang betul-betul busy. Bukan senang kita nak puaskan hati semua orang kan? Tak perlu nak menipu kalau kita busy, aku buat macam-macam benda sebab tuh aku selalu busy. Adobe Photoshop memang kawan aku yang setia. Tak pergi mana-mana pun. Yang penting bahagia. Bila tengok pasangan lain, ada juga harapan nak jadi macam diorang tapi, aku lebih rela tengok pasangan aku bahagia dengan orang lain walaupun dia bukan milik aku.
Biarkan aku tak bahagia, yang penting orang yang aku sayang bahagia. Tak perlu seksa orang lain, biarkan diri terseksa. Siapa tahu? Aku jer yang tahu. Apa orang lain peduli? Seorang pun tak peduli. Yang penting aku tahu apa itu sayang. Dan aku tahu siapa yang aku sayang. Biarkan mereka yang aku sayang terus bahagia. Amin~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...