RSS Feed
Photobucket

Monday, January 2, 2012

Sekali Lagi

Satu gambar menyatakan semua. Ini adalah impian aku.

Di suatu sudut, kelihatan aku sedang menaip. Entah apa yang bakal aku taipkan aku sendiri kurang pasti. Yang jelas, aku rasakan yang aku akan mengucapkan selamat tinggal sekali lagi kepada tanah tempat tumpah darahku, Johor Bahru. Sejak 5 tahun yang lalu, semua ini menjadi rutin untuk aku. Bilik ini sekadar pesinggahan. Jarang aku dapat habiskan masa berbulan-bulan di bilik ini. Hanya sesekali dalam saban tahun aku mendapat peluang ini. Meskipun kebanyakannya disia-siakan oleh aku. Dunia masih muda. Apa ada dengan sebuah kamar?

Tahun baru 2012 baru tiba tiga hari yang lepas. Maknanya bila tahun sudah berganti, umur aku turut bertambah secara amnya. Untuk tahun baru ini, aku cuma berazam untuk meninggalkan sebanyak mungkin keburukan yang ada dalam diri aku ini. Menjadi seorang yang lebih menyenangkan orang lain. Jikalau tidak menyenangkan sekalipun akan aku cuba untuk tidak menyusahkan sesiapa. Kadang-kadang dalam dunia nie tanpa sedar ada orang yang bencikan kita. Susah jika kita ingin mencari kawan yang sejati. Kehidupan asrama banyak mengajar aku dalam memilih kawan. Tak kisah siapa, tak kisah apa keturunannya tapi yang penting jangan benarkan sesiapa mencorakkan kehidupan kita.

Aku ada azam yang besar untuk diri aku. Aku akan buat dengan bersungguh-sungguh. Aku hanya mahukan sokongan dari keluarga sahaja. Selebih itu, aku akan cuba berdikari untuk mencapai cita-cita yang aku impikan. Mungkin dalam 3-4 tahun lagi. Semangat itu semakin hari semakin membuak-buak. Aku tak bijak di atas kertas seperti mereka-mereka. Tapi aku akan cuba untuk buktikan pilihan yang aku buat ini bijak. Akan aku cuba untuk membanggakan kedua ibubapa dan keluarga aku. Mudah-mudahan usaha aku ini diberkati oleh Allah. 

Dalam tak sampai 6 jam lagi aku akan kembali ke Shah Alam. Meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar. Pelajar yang tidak menyertai sebarang rusuhan. Aku minta dijauhkan dari semua itu. Apa pun jadi, politik bukan darah aku. Aku darah seni. Aku akan buktikannya satu hari nanti. Tuhan tolong rahmati hambamu ini.


P/S : Mendoakan semua orang disekelilingku sihat sentiasa. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...