Protected by Copyscape Unique Content Checker

Wednesday, January 19, 2011

4 Bahagian Dalam Diri Aku

Hey peeps and stalkers. Mungkin ada yang pelik dengan life aku. If ada gf pun, gf tak faham pasal life aku. Aku bukan hidup sorang atas bumi nie. Kena lah bahagikan semua masa dengan cukup.

Keluarga Aku

Orang-orang paling penting dalam hidup aku, family aku. Aku sayang diorang sangat-sangat. Bukan besar pun family aku. Dan bukan ramai sangat. Kadang-kadang cuba luangkan masa dengan diorang sepenuhnya. 

Kawan-kawan Aku
Aku ada ramai kawan. Semua suka benda yang lain-lain. Jadi, aku kena cuba ikut cara mereka untuk terus berkawan. Aku sayangkan kawan-kawan aku. Bukan semua orang suka kita berkawan dengan semua orang. Masa aku paling banyak aku habiskan dengan kawan-kawan aku.

Pelajaran Aku
Aku juga seorang student. Aku ada kerja yang aku kena buat sebagai seorang student. Kadang-kadang part nie yang paling bosan. Tapi nak buat macam mana? Aku kan student. Then? Student kena lah buat cara student. Life full with pressure. Assignment dah mula and mula mentensionkan kepala nie. Secara tak langsung memang akan makan masa aku. 

Kasih Sayang Aku
Jadi? Aku memang kekurangan masa untuk ini. Apa? Cinta? Belum masanya lagi kot. Biarkan apa yang akan berlaku terus berlaku. Cuma duduk di tepi dan lihat apa yang akan terus berlaku. Mungkin belum bertemu dengan orang yang sesuai yang boleh memahami tentang kehidupan aku.


Sunday, January 16, 2011

Kenapa Wujudnya Yang Kedua?


Maaf, ini bukan artikel cinta. Ia berkenaan dengan soalan yang aku selalu terima sejak kebelakangan nie. Soalan yang aku dapat ialah berkisar dengan kenapa aku buat blog kedua nie. Ya, aku memang saja nak buat dua blog. Serabut bila satu blog bercampur dengan kisah peribadi dan dengan artikel-artikel lain. Jadi, aku ambil keputusan untuk buat lagi satu blog? Kira satu jenayah ke kalau ada dua blog? Semua soal siasat macam polis. Oklah, untuk blog kedua nie, aku taknak lah guna skill biasa orang buat. U follow me and I follow u? Dah, kalau nak buat macam tuh sila pergi blog pertama aku ya. Untuk blog nie aku rasa aku tak perlukan ramai follower. Tapi, cuma satu yang aku mahukan. Orang yang membaca blog ini. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi singgah ke blog kedua aku ini. Link ke blog pertama : Klik Sini.

Saturday, January 15, 2011

Kadangkala Kita Tak Perlukan Kotak Sebagai Medium Untuk Berfikir

Baru-baru nie aku naik semester dengan rambut pendek. Suatu yang mengejutkan? Ya, mungkin bagi kebanyakan orang dan kawan-kawan aku sendiri. Tapi masih ramai kawan-kawan aku di Johor Bahru yang masih tidak mengetahuinya. Kenapa? Kerana tak ramai kawan-kawan aku yang berambut pendek. Itulah salah satu sebab utama kenapa aku tak pernah berambut pendek sebelum nie. 
Aku cuba untuk membuat satu perubahan sempena tahun baru nie. Bertukar dari berambut panjang kepada berambut pendek. Bukan kepada keburukan tapi kepada kebaikan bukan? Cuma mengeluh sedikit di blog baru nie tentang layanan yang aku terima dari sesetengah lecturer aku sendiri. Aku terima teguran mereka dan aku tak salahkan mereka seratus peratus. Mungkin mereka tak tahu yang sebelum ini aku memang berambut panjang. Jadi kesimpulannya, bila aku selalu berambut panjang sudah pasti aku sudah lupa tidak pandai untuk buat hairstyle yang sesuai. Just a little mohawk yang aku pandai. I think its better dari aku berambut panjang. Bila aku buat mohawk hairstyle lah yang jadi masalah kepada mereka. Mereka bagai meyempitkan fikiran. Maafkan aku berkata begitu.
Bagi aku, bukan semua boleh diukur dari luaran. Tiada masalah mengenai ini semua bagi aku. Walaupun skema gila tapi in aspect of education dia hancur. Useless kan? Aku taklah sempurna tapi aku fikir aku taklah seteruk yang digambarkan. Bila berambut pendek pun bagaikan mencari satu masalah. Cuba untuk berfikir di luar kotak untuk seketika. Sigh~

Kantoi Juga Akhirnya

Semalam aku saja jer la lepak dengan kawan-kawan dekat KakiBLOGGER. Ya, komuniti blogger untuk semua blogger macam aku dan kamu. Tiba-tiba aku jumpa satu blog nie. Yang mana? Klik Sini. Macam biasa lah. Bila dia dah follow aku, aku follow lah dia balik. Rasa macam biasa jer dan tanpa sebarang perasaan luar biasa sebab semua picture kat situ kecik-kecik. Mana lah aku perasan siapa punya blog. 
Tiba-tiba, aku dapat friend request kat FB. Nama : Juliana Natasha. Aku macam pernah dengar jer nama nie. Rupa-rupanya cousin aku sendiri. ==" Haha. Selama nie memang aku tak pernah nak add mana-mana sedara mara aku sebab aku kan blogger tegar. Then, taknak lah bagi diorang baca blog aku. Maluuuu~ Hahaha.
Sekarang nie aku rasa semua dunia macam kecil jer. Dunia blogger pun jadi macam kecil jer aku rasa. Akhirnya, kantoi juga status aku kepada sedara mara aku. Speechless~

Friday, January 14, 2011

Pengenalan

Hai semua. Ini adalah blog kedua aku. Ya, yang kedua. Kenapa nak buat sampai dua? Blog ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk aku terus menceritakan tentang perihal hidup aku sendiri. Dan bukan perihal hidup orang lain. Lebih senang menulis disini dari terus mencampur-campurkan post yang sepatutnya tidak bercampur-campur. Orang yang baca pun jadi pening kan? Jadi kesimpulannya, aku cipta blog kedua aku ini. Diharapkan rakan-rakan blogger terus memberikan sokongan kepada blog baru aku ini ya. Terima kasih ya kawan-kawan. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...