Protected by Copyscape Unique Content Checker

Saturday, January 15, 2011

Kadangkala Kita Tak Perlukan Kotak Sebagai Medium Untuk Berfikir

Baru-baru nie aku naik semester dengan rambut pendek. Suatu yang mengejutkan? Ya, mungkin bagi kebanyakan orang dan kawan-kawan aku sendiri. Tapi masih ramai kawan-kawan aku di Johor Bahru yang masih tidak mengetahuinya. Kenapa? Kerana tak ramai kawan-kawan aku yang berambut pendek. Itulah salah satu sebab utama kenapa aku tak pernah berambut pendek sebelum nie. 
Aku cuba untuk membuat satu perubahan sempena tahun baru nie. Bertukar dari berambut panjang kepada berambut pendek. Bukan kepada keburukan tapi kepada kebaikan bukan? Cuma mengeluh sedikit di blog baru nie tentang layanan yang aku terima dari sesetengah lecturer aku sendiri. Aku terima teguran mereka dan aku tak salahkan mereka seratus peratus. Mungkin mereka tak tahu yang sebelum ini aku memang berambut panjang. Jadi kesimpulannya, bila aku selalu berambut panjang sudah pasti aku sudah lupa tidak pandai untuk buat hairstyle yang sesuai. Just a little mohawk yang aku pandai. I think its better dari aku berambut panjang. Bila aku buat mohawk hairstyle lah yang jadi masalah kepada mereka. Mereka bagai meyempitkan fikiran. Maafkan aku berkata begitu.
Bagi aku, bukan semua boleh diukur dari luaran. Tiada masalah mengenai ini semua bagi aku. Walaupun skema gila tapi in aspect of education dia hancur. Useless kan? Aku taklah sempurna tapi aku fikir aku taklah seteruk yang digambarkan. Bila berambut pendek pun bagaikan mencari satu masalah. Cuba untuk berfikir di luar kotak untuk seketika. Sigh~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...