Monday, July 23, 2012

Perjalanan Hidup


Perjalanan hidup. Realitinya kita takkan berhenti mencintai dan dicintai.
Hidup ini ibarat sebuah perjalanan. Jauh mana perjalanan itu, kita masih belum pasti tetapi akan ada pengakhirannya juga satu hari nanti. Di sepanjang perjalanan itu juga pelbagai halangan kita akan tempuhi. Berapa ramaikah yang akan berjaya di akhir perjalanan itu kelak? Tepuk dada dan tanya selera anda.

Di sepanjang perjalanan itu juga telah ramai yang aku cuba bawa sekali didalam hala tuju aku tapi setakat ini tiada yang dapat berjalan bersama dengan aku. Apa yang aku cuba bawa? Selain cinta kepada yang maha esa, aku juga cuba untuk membawa cinta dunia bersama. Malangnya mungkin tiada lagi yang dapat bertakhta di hati ini. Sehinggalah...

Aku berjumpa dengan seorang wanita yang sudi mengisi kekosongan dihati ini. Entah, sejak kali pertama aku memandangnya telah terlintas difikiran untuk menjadikannya teman hidup. Mungkin sudah ditakdirkan sebenarnya aku tidak bertepuk sebelah tangan. Allah telah mempertemukan aku dengan seorang gadis yang kini menjadi teman dikala aku kesenangan dan juga kesusahan. Aku akui dia tidak seperti perempuan lain dan dia juga tiba tepat pada masanya. Disaat aku memerlukan seseorang untuk merawat kelukaan dihati.

Mungkin selama ini semua yang aku temui tidak sepadan ataupun tidak dapat memahami kehendak aku seperti yang aku mahukan. Sememangnya begitulah fitrah manusia, sentiasa mahukan yang terbaik tetapi tidak pernah mencuba untuk memberikan yang terbaik.  Aku akui aku bukanlah manusia sempurna yang tidak melakukan dosa tetapi aku tetap mempunyai kalimah syahadah didahiku. Jauh mana pun aku tersasar tetap akan ada jalan yang benar menantiku. Mungkin sudah sampai masanya untuk aku berfikiran lebih matang. Itulah antara sebab aku memilih seorang yang lebih tua dariku. Yang juga akan membantu aku untuk menjadi lebih matang.

Aku akui dia agak keras kepala dan mudah merajuk. Sepertinya perempuan lain, hatinya mudah tersentuh. Entry ini sebenarnya memang aku coretkan sepenuhnya untuk dia. Bila kami berjauhan dia tidak dapat menerima yang aku terpaksa meninggalkan dia. Aku sedar yang dia takut akan kehilangan aku. Tetapi untuk aku, biarlah berjauhan kerana jarak itu bukanlah pemisah dalam percintaan.  Untuk si dia, sedarlah bahawa walaupun kita selalu berjauhan tetapi awak tetap bertakhta di hati ini. Sedarlah awak bahawa perasaan rindu dan fikiran negatif itu bukan hanya di sebelah pihak kerana saya turut merasainya tetapi atas dasar kepercayaan, cinta kita akan terus terikat. Mungkin awak bukan yang pertama tetapi mungkin awak akan jadi yang terakhir. Mudah-mudahan pernikahan akan mengikat cinta kita dan hanya ajal dapat memisahkan kita. InsyaAllah satu hari nanti awak akan menjadi isteri saya yang sah dan menjadi teman hidup saya untuk selamanya. Insyallah.

P/S : Orang sayangkan awak Nur Wahida Sabri , biarlah jarak memisahkan jasad kita tetapi merapatkan lagi cinta kita. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...